Puntung Rokok Punya Hal, Hutan Gunung Baling Kedah Terbakar? [Video]

Putung Rokok Punya Hal, Hutan Gunung Baling Kedah Terbakar? [Video]

Tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mungkin penyebab hutan di Gunung Baling, Kedah terbakar sehingga memusnahkan pokok dan khazanah alam.

Kejadian mungkin disebabkan oleh pendaki membuang puntung rokok dan tidak memadam sepenuh menyebabkan api dari puntung rokok merebak dengan cepat dalam keadaan cuaca yang panas dan mudah terbakar : Ketua Malim Gunung, Nor Azman Ishak

Pada 2016, Gunung Baling dan Pulai pernah berlaku kejadian yang sama menyebabkan banyak pokok terbakar.

Pic Kredit : Leong Wei Jean

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, operasi memadam dan mengawal api yang bermula seawal 8 pagi tadi dihentikan sementara pada 5.30 petang ini, dan akan disambung semula pagi esok.

“Kebakaran yang bermula sejak petang semalam itu merebak, bagaimanapun kita berjaya mengawal api daripada terus merebak ke kawasan lebih luas dan kebakaran di laluan pendakian juga sudah berjaya dipadamkan.

“Pagi esok kita akan gunakan helikopter untuk bantu proses memadamkan api,” Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud

Punca kebakaran belum diketahui, namun pihak bomba memaklumkan tidak menolak kemungkinan ia disebabkan oleh aktiviti pendakian.

Video Gunung Baling, Kedah terbakar :

Sumber : kosmo

Ikuti kami di :