Adakah Boleh Pasang Khemah Sehingga Halang Jalan Awam? : Ini Jawapan PDRM

Adakah Boleh Pasang Khemah Sehingga Halang Jalan Awam? : Ini Jawapan PDRM

SUDAH menjadi amalan sekiranya tiba musim perayaan, majlis perkahwinan, kenduri atau upacara kematian yang memerlukan ruang tambahan untuk tetamu, khemah akan dipasang di luar rumah.

Tapi persoalan di sini adakah perbuatan tersebut dibolehkan atau menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang?

Mengikut peruntukan Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, adalah menjadi kesalahan jika membina, menegakkan, mendirikan atau menyenggara sesuatu halangan di mana-mana tempat awam.

“(1) Mana-mana orang yang—

(a) membina, menegakkan, mendirikan atau menyenggara atau membenarkan dibina, ditegakkan, didirikan, atau disenggara sesuatu tembok, pagar, susur, tiang atau apa-apa himpunan sesuatu benda, atau halangan lain, di mana-mana tempat awam”

Boleh Dikenakan Denda RM 1,000.00

Sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500 untuk kesalahan pertama dan RM1,000 untuk kesalahan seterusnya.

Walau bagaimanapun, termaktub dalam akta ini juga iaitu Seksyen 46(4) di mana halangan sementara pada hari perayaan atau upacara adalah dibenarkan tetapi dengan kelulusan dan permit daripada pihak berkuasa tempatan.

Ingat, adalah lebih baik sekiranya anda maklum terlebih dahulu dengan penduduk setempat atau jiran sebelum membuat sebarang halangan mana-mana tempat awam.

Sumber : FB Polis Diraja Malaysia

Ikuti kami di :