Kenderaan Dari Singapura Kena Maki, Dibaling Botol ; Memandu Lorong Kecemasan [Video]

Tular di media sosial sejak 6 Febuari lalu, sebuah kereta dipercayai dipandu rakyat Singapura di maki dan dibaling botol air kerana memandu di lorong kecemasan.

Video itu dimuat naik menerusi akaun facebook Nurul Shahida.

Berdasarkan rakaman video, dua buah motosikal membunyikan hon sepanjang laluan  kerana sebuah kereta pendaftaran “SLD3873J” (plat Singapura) melalui ruang jalan kecemasan dan menghalang laluan penunggang motosikal.  -Scroll ke bawah :Video

Didalam video tersebut kedengaran salah seorang antara mereka memaki pemandu kereta berkenaan kerana menggunakan laluan kecemasan.

“Bodoh ke apa ha? Tak ada otak?”

Namun pemandu kereta berkenaan dilihat tidak mempedulikan, sebaliknya terus memecut ke hadapan menerusi lorong kecemasan, sebelum dibaling dengan sebuah botol air mineral oleh salah seorang penunggang motosikal terbabit.

Menurut Nurul Shahida, pemandu kenderaan bernombor plat Singapura tersebut selepas itu ada bertindak memberhentikan kenderaan dengan menggunakan brek emergency sebagai tanda marah terhadap penunggang motosikal tersebut.

“Ye tahu nak raya, perangai elok sikit. Jangan ikut perangai binatang raya kau tahun ni ——-,”

“Ni yang mula, bila dia dah panas hati, dia kacip kita orang dan brek emergency,”

“Nak suruh kitaorang langgar bontot kereta kau, lepas tu kita orang jatuh kau puas hati, begitu?”

“Kau dah brek emergency, satu keluarga laki bini anak-anak kau semua toleh belakang tengok kita orang kemudian blah, dasar lu ————,” tulisnya.


KEGUNAAN LORONG KECEMASAN HANYA UNTUK KENDERAAN DALAM TUGAS KECEMASAN —POLIS DIRAJA MALAYSIA—

[Kaedah 53 dalam Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959)]

Tiada sebarang kenderaan boleh dipandu, ditunda, ditolak, diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong tambahan atau bahu jalan di sebelah kiri jalan yang ditentukan sebagai lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan yang sementara.

Bagaimanapun, pengecualian hanya diberi kepada kegunaan kenderaan polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, ambulans, bomba & penyelamat, kastam dan penjara boleh menggunakan lorong kecemasan ini.

 

Video pemandu singapura memandu lorong kecemasan : 

 

Sumber : MiloSuam

Ikuti kami di :