Jadikan Kasut Sebagai Pemuas Nafsu

Jadikan Kasut Sebagai Pemuas Nafsu

Pelik tapi benar, itu yang berlaku di Saitama, Jepun baru-baru ini. Semuanya terbongkar apabila pihak Polis berjaya menangkap seorang lelaki mencuri lebih 70 pasang kasut di sekitar kawasan bandar ini.

Media tempatan melaporkan bahawa suspek Makoto Endo, 40, mencuri semua kasut untuk mencium bau kasut sebagai satu cara untuk memuaskan nafsu sek sualnya.

“Saya lakukannya untuk mendapat kepuasan se ksual dengan menghidu bau kasut terpakai tidak kira sama ada ia milik lelaki atau wanita,” kata Endo kepada polis.

Endo kini dibicarakan di sebuah mahkamah atas tuduhan mencuri. Menurut laporan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara bulan Jun 2017 hingga Ogos tahun lalu.

Dia ditahan polis pada September 2018 dan pemeriksaan di kediamannya membawa kepada penemuan semua kasut itu. Nilai kasut yang dicuri dianggarkan sebanyak AS$2,730 (RM11,120).

 

Ikuti kami di :