Siti Kasim Bebas Dakwaan Tunjuk Isyarat Jari Tengah

Siti Kasim Bebas Dakwaan Tunjuk Insyarat Jari Tengah

Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pertuduhan terhadap peguam, Siti Kassim yang didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang penonton di forum Rang Undang-undang Mahkamah Syariah yang dianjurkan pada September, dua tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan berhubung Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim sebelum ini dipanggil semula oleh Jabatan Peguam Negara semalam.

“Selepas meneliti semula segala fakta dan keterangan, Jabatan Peguam Negara memutuskan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang dikeluarkan pada 18 April lalu dibatalkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 5 September 2016, peguam itu didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang penonton ketika forum bertajuk RUU355 di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Insiden dipercayai berlaku selepas Siti Kassim hadir ke forum berkenaan mengkritik RUU berkenaan sehingga mengakibatkan penonton di forum itu menyindirnya.

Dalam kenyataan di Facebooknya hari ini, Siti Kasim memaklumkan pembatalan dakwaan ke atasnya dan menyifatkan ia sebagai “pertimbangan waras”.

“Terima kasih kepada ibu pejabat polis Subang terutamanya pegawai yang membawa fail kes ke Pejabat Peguam Negara untuk menyemak dakwaan jahat ini.

“Saya bersyukur kerana akhirnya pertimbangan waras masih wujud,” katanya.

Sumber :hmetro,malaysiakini

Ikuti kami di :