Pertama Kali Berlaku, Salji Turun Di Hawaii

Pertama Kali Berlaku, Salji Turun Di Hawaii

Ribut kuat yang melanda kepulauan Hawaii pada beberapa hari lepas telah mengakibatkan ganguan bekalan elektrik, banjir yang merosakkan jalan raya dan harta benda awam serta beberapa laporan kecederaan.

Namun apa yang menariknya ribut yang membadai Hawaii ini telah membawa bersama salji buat kali pertamanya di Hawaii

Walaupun salji tidak pernah ada di Hawaii, para pegawai berkata salji yang turun di Kawasan Rekreasi Negeri Spring Polipoli di pulau Maui mungkin yang pertama untuk mana-mana taman negara di kepulauan itu.

Polipoli terletak pada ketinggian 6,200 kaki telah diliputi salji dan ia merupakan ketinggian terendah kawasan itu diliputi salji yang pernah direkodkan di negeri ini.

Hari bersejarah di Hawaii

Menurut pejabat Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Honolulu ribut yang melanda Hawaii digambarkan sebagai ‘bersejarah,’. Ia mula melanda kepulauan itu pada hari Jumaat.

Dalam satu laporan berita tempatan, seorang lelaki California berusia 66 tahun meninggal dunia di lebuhraya barat laut Maui pada hari Jumaat.

Salji telah dibawa ke Hawaii oleh gelombang udara sejuk, tekanan rendah yang dipisahkan dari aliran utama, yang dikenali sebagai Kona Rendah.

Pukulan paling ekstrem itu dijana di kemuncak Mauna Kea di Big Island yang mana tiupan angina kuat telah melanda puncak gunung itu pada pukul 4.40 petang waktu tempatan Ahad.

Salji tidak pernah turun di bahagian pegunungan rantaian pulau tropika, tetapi para pegawai mengatakan sajli yang turun pada ketinggian 1,900 meter di taman negara di Maui merupakan paras terendah yang pernah dicatatkan di negeri ini. Foto Agensi

Stesen pengunjung di 13,308 kaki pergunungan itu terpaksa  tertutup hingga Selasa disebabkan oleh kelanjutan cuaca yang teruk, ‘menurut laman web stesen itu.

Selain salji, amaran ribut petir yang jarang berlaku telah dikeluarkan  di selatan Kauai pada malam Sabtu.

Angin kencang hingga 67 mph telah melanda di bandar oceanside Port Allen di Kauai. Sekaligus menjejaskan bilangan pengunjung ke kepulauan Hawaii.

Para pelancong yang terkandas di Hawaii menyifatkan kejadian ini sangat luar biasa. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk menikmati suasana sejuk di kawasan bukit kepulauan itu.

Penduduk tempatan juga tidak melepaskan peluang merakam detik-detik bersejarah yang melanda kepulauan itu. Video yang dimuatnaik telah mendapat pelbagai reaksi dari pengguna di media sosial.

Hawaii yang dikenal sebagai daerah beriklim tropika menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia untuk menikmati hangatnya sinar matahari. Namun, anomali cuaca belakangan ini menyebabkan turunnya salji di Hawaii.

Sumber: DailyMail

Ikuti kami di :