[Video] Bayi Dalam Kantung ;Berlaku Hanya Sekali Dalam Setiap 100,000 Kelahiran

Satu gambar berjaya dirakam yang menunjukkan saat luar biasa apabila seorang bayi lelaki dilahirkan masih berada dalam kantung amniotik di sebuah hospital di Brazil.

Kejadian tersebut dianggap menakjubkan kerana keadaan itu amat jarang berlaku iaitu hanya sekali dalam setiap 100,000 kelahiran.

Seluruh badan Nuh itu diliputi oleh kantung

Bayi yang diberi nama Noah oleh ibunya, Monyck Valasco itu masih dilihat berada dalam kantung ketika dilahirkan menerusi pembedahan caesarean.

Pada masa sama, ia turut mendapat perhatian netizen yang kagum dan memberi ribuan ‘like’ selepas ia dimuat naik di internet.

“Perasaan saya tersentuh apabila mendapat tahu gambarnya dikongsi oleh pengguna di seluruh dunia dan mereka cuba mencari kami. Saya tidak dapat menggambarkan emosi yang dilalui ketika saat kelahirannya,” kata Monyck.

Video :

Sumber : hmetro

Ikuti kami di :