Promosi Gaya Hidup Hubungan Sejenis Secara Terbuka

Tidak ada satu agama mahupun kepercayaan di dunia ‘menghalalkan’ hidup songsang golongan ini dan tidak perlu ada perdebatan mengenai ‘hak asasi’ mereka secara terbuka.

Perkara ini bukannya boleh dibuat lawak jenaka melihatkan bilangan pengamal LGBT sekarang sehinggakan ramai daripada mereka begitu berani mempamerkan gaya hidup songsang itu di tempat awam.

Baru-baru ini tersebar video mengenai pasangan gay  berbangsa Melayu yang berasal dari Singapura.

Dalam video yang diterbitkan oleh laman Facebook ‘Dear Straight People‘, mereka mendedahkan bahawa mereka bertemu di parti pantai, kemudian ber’dating‘ dan kini berhubungan selama 7 tahun.

Mereka mengatakan bahawa hubungan ini ‘direstui’ ibu salah seorang daripada mereka walau bagaimanapun  ibu yang dikatakan setuju tidak diberi ruang untuk bercakap dalam video 4 minit tersebut.

Penerbitan atas talian Dear Straight People tersebut yang berpusat di Singapura sememangnya miliki tujuan mengembangkan promosi LGBT kepada semua orang di Asia, dan kini telah menghasilkan 50 cerita LGBT.

Video tersebut mendapat kritikan hebat di bahagian komen dan rata – rata meminta supaya video tersebut dilaporkan ke Facebook.

Hal ini merupakan sesuatu yang sangat membimbangkan, kerana bukan saja kini terdapat pasangan Melayu yang mengaku gay terbuka, mereka mempromosikan pula perbuatan dalam medium terbuka.

Sumber : ismaweb

 

Ikuti kami di :