Ini Petua Mudah Nak Halau Lalat Dengan Berkesan

Ini Petua Mudah Nak Halau Lalat Dengan Berkesan

Kita memang selalu ada masalah dengan lalat. Makin dihalau makin banyak yang datang. Pelbagai cara yang kita lakukan bagi menghalau lalat. Sejak dahulu lagi, macam-macam petua yang kita lakukan demi menghalau lalat.

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai.

Di Perth, Australia seorang wanita telah berkongsi rahsia untuk menghalau lalat dengan berkesan. Namun apa yang menariknya dia menggunakan bahan-bahan yang tak disangka boleh menghalau lalat.

Hanya guna air, plastik kedap udara dan beberapa keping duit syiling

Petua wanita ini ringkas dah tidak bahaya. Dia hanya menggunakan air, plastik kedap udara dan beberapa keping duit syiling selepas mempelajarinya daripada seorang rakan yang membuka kedai makan.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu mendedahkan rahsia itu menerusi akaun Facebooknya.

Pada mulanya, dia terkejut melihat beberapa beg plastik kedap udara diisi dengan air bersama duit syiling yang digantung di sekeliling kedai rakannya itu.

Ini langkah yang perlu anda lakukan

Dalam perkongsian wanita terbabit dia mengisis air separuh penuh ke dalam beg plastic kedap udara. Kemudian setiap beg itu juga diisi dengan empat keping duit syiling. Mudah bukan?

Menurutnya, ketika berada di restoran rakannya itu dia melihat beberapa ekor lalat terbang masuk melalui tingkap restoran yang terbuka, berlegar seketika dan kemudian terbang keluar semula.

Selepas membuat carian di internet, dia menemui beberapa individu lain turut mencuba kaedah tersebut dan mendakwa cara ringkas itu memang berkesan bagi menghalau lalat.

Seorang individu memberi penjelasan saintifik bahawa kaedah itu berjaya disebabkan molekul air memantulkan cahaya ke mata lalat sehinggakan serangga itu pening kerana terlalu banyak pancaran cahaya dan warna sehingga menyilaukan penglihatannya.

Petua ini mungkin membantu bagi anda yang mengusahakan restoran atau menghadapi masalah kehadiran lalat yang banyak di rumah. Cara ini agak bersih dan selamat jika dibandingkan dengan penggunaan racun perosak atau gam. Selamat mencuba.

Sumber: DailyMail

Ikuti kami di :