Dua Pesawat Tentera Udara India Bertembung Di Udara [Video]

Dua Hawk Tentera India Bertembung Di Udara

Dua pesawat tentera udara India terhempas selepas bertembung di udara ketika berlatih untuk pertunjukan akrobatik. Kejadian dilaporkan di negeri Karnataka India.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Saat dua kapal terbang berlanggar

Kejadian tersebut menyebabkan seorang juruterbang terbunuh dan dua lagi cedera.

Kementerian Pertahanan India mengesahkan dua pesawat Hawk dari Pasukan Pertunjukan Aerobatik Surya Kiran terhempas dekat pangkalan udara Yelahanka.

Pegawai-pegawai memeriksa tapak kemalangan pesawat Hawk pasukan aerobatik ‘Suryakiran’ milik Tentera Udara India selepas ia terhempas di pinggir Yelahanka

Pasukan aerobatik itu dijadual melakukan persembahan untuk Aero India 2019, pameran udara lima hari yang dijangka menarik kira-kira 500 firma penerbangan India dan asing serta kontraktor pertahanan.

Ia adalah nahas kedua membabitkan tentera udara India bulan ini, selepas pesawat latihan Mirage 2000 terhempas di Bengaluru pada 1 Februari lalu, membunuh dua juruterbang.

Video dua Hawk tentera India bertembung di udara :

 

Ikuti kami di :