Tabiat Makan Batu, Penutup Botol, Wayar Dan Duit Syiling

Padah Tabiat Makan Batu, Penutup Botol, Wayar Dan Duit Syiling

Doktor yang merawat seorang lelaki selepas mengadu sakit perut terkejut apabila menemui batu, penutup botol serta wang syiling seberat 2 kilogram (kg) di dalam perutnya.

Lelaki berusia 54 tahun yang menghadapi masalah lembam itu mengaku dia mempunyai tabiat menelan objek terbabit setiap kali berasa keresahan.

Dia hadir ke hospital baru-baru ini untuk mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Ilsan Paik kerana sakit perut dan doktor menyedari ada sesuatu tidak kena sebelum melakukan imbasan serta menemui objek berkenaan.

Doctor cuba membuang objek menggunakan gastroskopi – di mana tiub nipis dimasukkan ke dalam perut melalui mulut

Pada mulanya, beberapa doktor cuba mengeluarkan objek itu dengan prosedur gastroskopi tetapi gagal menyebabkan mereka terpaksa menjalankan pembedahan dan mengeluarkannya satu demi satu.

Doktor yang terbabit dalam pembedahan itu, Dr Pyong Wha Choi menerbitkan kes pelik itu dalam sebuah jurnal.

Imbasan x-ray menunjukkan benda yang tak sepatutnya berada di dalam perut.

“Pembedahan terpaksa dilakukan kerana banyak objek asing di dalam perutnya

Sebaik objek itu ditelan, simptom yang dialami agak jarang berlaku. Dalam kes ini, pesakit tidak mengadu muntah tetapi mengalami sakit perut,” katanya.

Sumber : Hmetro

Ikuti kami di :