Polis Pun Kena Ragut [Video]

Polis Pun Kena Ragut [Video]

Rakaman CCTV kes ragut berlaku 21 februari lebih kurang jam 11.15 pagi. Mangsa adalah anggota berpangkat Detektif Sarjan berusia 59 tahun bertugas bahagian Narkotik IPK Perak.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO

Mangsa berpakaian biasa datang ke koperasi itu untuk mengeluarkan wang yuran simpanan telah diragut oleh seorang penunggang motorsikal yg menghampiri mangsa dari arah belakang lalu meragut beg tangan yang disandang pada bahu kanan mangsa.

Kejadian berlaku terlalu pantas, mangsa tidak sempat mengecam wajah suspek serta nombor pendaftaran motosikal digunakan.

Siasatan awal polis mendapati beg tangan mangsa mengandungi wang tunai, kad pengenalan dan beberapa kad lain dan polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mengenal pasti identiti suspek.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Video kena ragut :

 

Ikuti kami di :