
Bagaikan berada di sebuah set pengambaran Hollywood, kehidupan di bandar ini bagaikan sebuah filem seperti ‘I Am Legend’ lakonan Will Smith.
Tahukah anda di Nebraska, terdapatnya sebuah bandar yang bernama Monowi, satu-satunya perbandaran yang diperbadankan secara rasmi di Amerika Syarikat dengan populasi hanya seorang?
Bayangkan jika anda tinggal berseorangan di sebuah bandar yang terpencil? Apakah yang anda akan lakukan? Apakah aktiviti harian anda?
Elsie Eiler sebagai penduduk tunggal bandar Monawi.

Sebagai penduduk tunggal di daerah itu, beliau melantik dirinya sendiri menjadi Datuk Bandar, bendahari, kerani, setiausaha, pemilik kedai dan pustakawan di bandar yang didiaminya
Menurut warga emas yang berusia 84 tahun itu, selepas kematian suaminya pada tahun 2004, beliau menjadi satu-satunya pemastautin di Monowi.
Walaupun berseorangan, Elsie mengisi masa lapang dengan melayan tetamu yang berkunjung ke restoran peninggalan suaminya.
Sebagai penduduk tunggal di daerah itu, beliau melantik dirinya sendiri menjadi Datuk Bandar, bendahari, kerani, setiausaha, pemilik kedai dan pustakawan di bandar yang didiaminya
Menurut warga emas yang berusia 84 tahun itu, selepas kematian suaminya pada tahun 2004, beliau menjadi satu-satunya pemastautin di Monowi.
Walaupun berseorangan, Elsie mengisi masa lapang dengan melayan tetamu yang berkunjung ke restoran peninggalan suaminya.

Elsie membuka restorannya pada pukul 9 pagi, enam hari seminggu dan menerima kunjungan tetamu seperti pemandu trak dan pelancong yang melalui kawasan itu.
Menurut Elsie beliau tidak mempunyai keinginan untuk tinggal di tempat lain. Dia merasa sangat gembira di tempat dia berada sekarang.
“Saya tahu saya sepatutnya tinggal lebih dekat dengan anak-anak saya atau tinggal bersama mereka bila-bila masa saya mahu, tetapi inilah tempat yang saya mahu tinggal,” katany dalam satu temu ramah bersama BBC.
Tambah Elsie, anak-anaknya menghormati keputusannya untuk tinggal di Monowi secara berseorangan dan bebas membuat perkara yang dia inginkan.
Beliau sangat gembira dengan rutin hariannya dan tidak mempunyai keinginan untuk tinggal di tempat lain.
Menurutnya lagi, kebanyakan penduduk di situ sudah meninggal dunia atau berhijrah di bandar-bandar besar sekitar A.S.
Monawi mula di buka pada 1902

Menurut tradisi, nama Monowi bermaksud “bunga” dalam bahasa Amerika asli yang tidak dikenali. Monowi dinamakan begitu kerana terdapat banyak bunga liar yang tumbuh di tapak asal kampung itu.
Monowi mula dibuka pada tahun 1902. Sebuah pejabat pos telah ditubuhkan di Monowi pada tahun 1902, dan masih beroperasi sehingga tahun 1967.
Tahun 1930-an merupakan tahun-tahun kemuncak Monowi, ketika itu ia mempunyai populasi seramai 150. Seperti banyak komuniti kecil lain di Great Plains , Monawi mula kehilangan penduduknya. Golongan muda Monawi mula berhijrah ke bandar-bandar kerana mempunyai lebih banyak peluang pekerjaan.
Semasa bancian di buat pada tahun 2000 , Monawi hanya mempunyai jumlah penduduk seramai dua orang, iaitu pasangan suami isteri, Rudy dan Elsie Eiler, dan apabila Rudy meninggal dunia pada tahun 2004, hanya tinggal Elsie sebagai penduduk tunggal bandar Monawi.
Sumber: Awani
Ikuti kami di :