Lebah Terbesar Di Dunia Bersaiz Ibu Jari Ditemui (Video)

Lebah Terbesar Di Dunia Bersaiz Ibu Jari Ditemui

Lebah terbesar dunia, serangga gergasi bersaiz ibu jari, ditemui semula dalam tempoh 40 tahun di kawasan terpencil di Indonesia.

Perbandingan saiz lebah gergasi dengan lebah biasa

Walaupun saiznya yang ketara, tiada siapa mengamati lebah gersasi Wallace yang ditemui oleh pengkaji alam sekitar Britain, Alfred Russel Wallace.

Ia diberi jolokan ‘flying bulldog’ sejak 1981, kata Global Wildlife Conservation.

Simon Robson menunjukkan lebah gergasi Wallaace yang ditemui di utara Pulau Muluku, Indonesia pada Januari lalu.

Lebah itu (Megachile pluto) yang hidup di utara Pulau Muluku membuat sarang dalam busut anai-anai, dengan menggunakan taringnya yang besar – seperti rahang bahagian bawah mamalia untuk mengumpul resin yang melekit bagi melindungi kediamannya daripada anai-anai.

Senarai merah spesis terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) menyenaraikan lebah ini sebagai ‘terdedah kepada bahaya’, bermakna ketika bilangannya kukuh, populasinya yang mendiami kawasan terpencil membuatkan serangga itu sukar dikaji.

Video flying bulldog :

 

Ikuti kami di :