39 Tahun Dipenjara Secara Salah, Lelaki Ini Terima Pampasan RM85.67 juta

39 Tahun Dipenjara Secara Salah, Lelaki Ini Terima Pampasan RM85.67 juta

Seorang lelaki tempatan Amerika Syarikat (AS) di sini yang secara salah dihukum kerana membunuh bekas teman wanita dan anak lelakinya empat dekad lalu, menerima pampasan berjumlah AS$21 juta (RM85.67 juta) daripada bandar Simi Valley.

Craig Coley, 71, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol kerana membunuh bekas pasangannya, Ronda Wicht dan anak lelakinya berusia empat tahun, Donald, di pangsapuri mereka pada 1978.

Coley mempertahankan dirinya tidak bersalah dan menerima pengampunan Gabenor California ketika itu, Jerry Brown pada 2017, berdasarkan bukti DNA ditemui penyiasat.

Coley dikekalkan tidak bersalah sejak penangkapannya pada November 1978 selepas Rhonda Wicht (kanan) dan Donald Wicht (kiri) ditemui mati

“Walaupun tiada jumlah wang setara dapat membayar apa yang sudah berlaku terhadap Coley, menyelesaikan kes ini adalah perkara terbaik dan kepada masyarakat,” kata Pengurus Simi Valley, Eric Levitt dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Coley yang dipenjarakan selama 39 tahun adalah hukuman paling lama pernah dibatalkan di sini, kata kenyataan.

Sejak dibebaskan, Coley memaklumkan pegawai penguat kuasa undang-undang mengenai bukti terkumpul dan bertemu ibu bapa tahanan yang tidak bersalah, menurut Mike Bender, rakan rapat dan bekas detektif polis di Simi Valley, komuniti terletak di luar Los Angeles.

Bender menggesa pembebasan Coley selama hampir tiga dekad selepas berdepan kemusykilan dalam aspek kes terbabit.

Bender mula meneliti kes Coley pada tahun 1989 selepas ayah Coley Wilson, dirinya seorang Pejabat Polis Los Angeles yang bersara, meninggal dunia ketika berjuang untuk membebaskannya

Lebih 350 tahanan AS dibebaskan menerusi ujian DNA sejak 1989, menurut Innocence Project berpusat di New York, yang membantu individu disabitkan secara salah. Secara purata, pesalah yang dibebaskan sudah menjalani hukuman penjara 14 tahun.

Pihak berkuasa California menganugerahkan Coley AS$1.95 juta (RM7.96 juta) tahun lalu atau AS$140 (RM571.15) bagi setiap hari dihabiskan dalam penjara. Ketika itu, ia adalah pembayaran terbesar untuk sabitan salah oleh Lembaga Pampasan Mangsa negeri.

 

Sumber : Bharian

Ikuti kami di :