Curi Sandwich, Ahli Parlimen Letak Jawatan

Curi Sandwic, Ahli Parlimen Letak Jawatan

Seorang Ahli Parlimen Slovenia meletak jawatan selepas mencuri sandwic. Kejaduan dilaporkan berlaku di  sebuah kedai di Ljubljana.

Darij Krajcic memberi alasan dia tidak dilayan dan memutuskan untuk menguji kecekapan keselamatan di kedai itu dan berjalan keluar tanpa membuat bayaran.

Darij Krajcic memberi alasan dia tidak dilayan

Insiden itu tidak disedari tetapi ahli parti Marjan Sarec List (LMS) itu kemudiannya kembali ke kedai itu untuk membayar harga sandwic tersebut.

Krajcic telah membuat permohonan maaf dan memaklumkan dia menyesal dengan ‘eksperimen sosial’ itu, lapor BBC.

Krajcic membuat pengumuman dan permohonan maaf itu ketika mesyuarat jawatankuasa parti, Rabu lalu.

“Saya berdiri kira-kira tiga minit di kaunter tetapi tiada siapa yang datang melayan,” kata bekas profesor berusia 54 tahun itu kepada saluran TV swasta, POP.

Menurutnya, tiga pekerja yang berada dalam kedai tidak perasan akan kehadirannya kerana mereka sibuk berbual sesama mereka.

“Tiada siapa yang mengejar saya, tidak ada yang berteriak ketika saya keluar,” katanya.

Sementara itu wakil LMS, Brane Golubovic berkata , “Dia mengambil tanggungjawab atas tindakannya dan meletakkan jawatannya secara sukarela,”

Biarpun ahli parti itu rata-ratanya tidak kisah dengan apa yang dilakukan Krajcic, namun dia membuat keputusan meletak jawatan pada Khamis.

Ikuti kami di :