Ikan Kering Dijilat Dan Dipijak Anjing Sebelum Dijual? [Video]

Ikan Kering Dijilat Dan Dipijak Anjing Sebelum Dijual?

Kotor dan najis, itu yang boleh digambarkan oleh netizen bila melihat foto yang tular di media sosial sejak semalam. Gara-gara tersebarnya foto berkenaan, pelbagai persoalan mula timbul. Sucikah ikan kering yang kita makan selama hari ini?

Namun, apa yang pasti kita tidak perlu melatah. Perkara sebegini harus diteliti dari pelbagai aspek. Megenai ketulenan foto berkenaan dan dimana lokasi jemuran ikan kering tersebut yang didakwa berlaku di Langkawi.

Dalam laporan dari portal berita Awani, pendedahan berkenaan dibuat oleh Persatuan Pengguna Melayu Kawasan Utara (PPMKU) selepas banyak menerima aduan mengenai tahap kebersihan industri memproses ikan dan udang kering.

Dakwaan berkenaan semakin berasas bila satu rakaman video telah dikeluarkan oleh Awani yang menunjukkan dengan jelas beberapa ekor anjing dilihat sedang menjilat, memijak dan memakan ikan kering yang dijemur di halaman sebuah premis.

Menurut Presiden PPMKU, Leftenan Kolonel Che Johan Che Hassan menggesa pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan segera.

“Kalau saya tak bangkitkan isu ini, adalah satu bebanan, adalah satu tanggungjawab yang saya telah gagal untuk maklum kepada semua masyarakat Melayu di kawasan utara ini supaya bukan kita nak boikot ikan kering ini, tapi pengusaha perlu lebih prihatin menjaga kebersihan kawasan jemuran ikan kering,” kata Che Johan.

Ini penjelasan pengusaha produk ikan kering di Langkawi

Susulan pendedahan yang dibuat oleh PPMKU, beberapa pengusaha telah tampil menjelaskan perkara sebenar.  Menurut mereka ikan kering yang dihasilkan di Langkawi tidak lagi dijemur di bawah matahari. Sebaliknya, sudah tiga puluh tahun pengusaha di pulau itu menggunakan mesin ketuhar pengering ikan masin.

Mereka juga meminta orang ramai supaya tidak memboikot secara melulu produk yang dihasilkan di Langkawi kerana ia dihasilkan mengikut standart dan piawai yang ditetapkan serta halal.

Mereka juga meminta supaya tidak memperbesarkan isu berkenaan kerana isu ini merupakan salah faham pihak tertentu.

Sumber: Awani

Ikuti kami di :