Muatan Terlebih, Sumbat 46 Murid Dalam Van [Video]

Muatan Terlebih, Sumbat 46 Murid Dalam Teksi [Video]

Bukan 15, bukan 20 orang tetapi 46 murid disumbat ke dalam sebuah teksi yang mengejutkan polis trafik selepas menahan van itu untuk pemeriksaan di Port Elizabeth, Afrika Selatan.

SCROLL KE BAHAGIAN BAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO

Daily Mail melaporkan, Ketua Polis Port Elizabeth, Yolande Faro, berkata polis trafik mengarahkan pemandu van berhenti selepas mendapati kenderaan itu membawa penumpang berlebihan berbanding had dibenarkan iaitu 15 orang.

Polis kemudiannya terkejut kerana mendapati van itu membawa 46 murid sebagai penumpang selain pemandu berusia 26 tahun dan seorang penumpang dewasa di tempat duduk hadapan.

Kesemua murid sekolah yang lengkap dengan beg itu bersesak dalam van berkenaan, malah ada yang duduk di atas satu sama lain.

Seorang polis merakam kejadian itu sebagai bukti dan pemandu terbabit ditahan. dalam rakaman itu, seorang anggota polis kedengaran membilang jumlah penumpang yang keluar seorang demi seorang: “5, 6, 7, 8… 13, 14, 15, 16…..24, 25, 26, 27…..33, 34, 35, 36….43, 44, 45, 46….47 penumpang dan pemandu, 48”.

Video :

 

Ikuti kami di :