Elon Musk Rancang Untuk Beri Wi-Fi Percuma Ke Seluruh Planet

Elon Musk Rancang Untuk Beri Wi-Fi Percuma Keseluruhan Planet

Elon Musk, walaupun semua kontroversi yang melanda dirinya tidak pernah surut, namun beliau adalah seorang genius dan usahawan yang sejati serta ampuh.

Salah satu daripada banyak percubaannya adalah jelas, sarat dengan idea-idea yang terkenal dan sering dikritik. Sebagai contoh, ideanya mengenai perjalanan Martian (manusia pertama ke Marikh), yang akan tetap diteruskan menjadi satu perkara realiti.

Satu lagi projeknya selalu menjadi sesuatu yang telah dicuba sebelum ini, dalam cubaan buruk oleh Facebook, antara lain: usaha menyediakan WiFi Satelit untuk seluruh dunia.

Sudah tentu, idea ini telah diilhamkan oleh salah satu inspirasi dan idola Musk, iaitu Nikola Tesla, yang mula-mula membayangkan cara menyediakan tenaga yang lancar melalui ruang angkasa. Namun, ia tetap sesuatu yang tidak dapat dijadikan kenyataan.

Dalam kes Musk, projek gilanya adalah mengenai penghantaran satelit kelas tinggi ke ruang angkasa, dan ia bukanlah satu jumlah yang kecil, kita bercakap tentang 4425 buah satelit yang akan dilancarkan ke angkasa, dalam projek yang akan menelan kos $10 Billion.

Musk sangat komited dengan projek berkenaan.

Setakat perincian misi berkenaan, satelit tersebut berukuran 4 × 1.8 × 1.2 meter padu, diimbangi kuasa panel solar di atas kapal.

SpaceX , syarikat persendirian yang diketuai oleh Musk, meminta kebenaran daripada kerajaan AS untuk mengendalikan rangkaian besar 4,425 satelit – ditambah “alat ganti orbit” – untuk menyediakan liputan internet global yang berkelajuan tinggi.

Dalam pemfailan berkenaan, SpaceX berkata: “Sistem ini direka untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan jalur lebar dan komunikasi untuk pengguna kediaman, komersil, institusi, kerajaan dan profesional di seluruh dunia.”

Sistem sedemikian akan menyediakan alternatif berasaskan ruang kepada kabel, optik serat dan akses internet darat lain yang sedia ada.

Seperti kebiasaan idea Musk pasti mendapat kritikan. Ramai mempersoalkan tentang bahaya yang bakal menimpa penduduk bumi. Jika Musk menyediakan rangkaian internet ke seluruh planet, ini bermakna Musk mengawal seluruh dunia dengan hanya satu butang. Begitu juga persoalan mengenai tahap keselamatan gelombang 5g, adakah ia selamat untuk digunakan. Jadi apa kata anda?

Sumber: Theopenmind

Ikuti kami di :