Tuah !… Jumpa Muntah Bernilai RM2 Juta

Jutawan Sekelip Mata, Jumpa Muntah Bernilai RM2 Juta

Muntah pun bernilai ? Penemuan yang membawa tuah kepada seorang pelayan bar kerana ia adalah muntah paus yang dianggar bernilai AS$500,000 dolar (RM2 juta).

Lelaki yang berkerja sebagai pelayan bar menjumpai ketulan tersebut ketika sedang bersiar-siar di pantai Koh Samui.

Boonyos Tala-upara, menunjukkan muntah besar muntah kuning paus mencair seperti lilin apabila dipanaskan

Boonyos Tala-upara, 44, menemui ketulan seberat 9.98 kilogram pada Jun tahun lalu dan meletakkan di halaman belakang rumahnya namun beliau tidak menyedari ia sesuatu yang berharga sehinggalah ditegur rakannya ia adalah muntah paus.

“Kakak saya yang tinggal di Austria beritahu muntah paus sukar ditemui dan hasil penyelidikan di internet, benda yang saya jumpa itu menyerupai muntah paus.

“Ia berkemungkinan besar ‘tiket loteri’ untuk saya. Saya mahu jual dan bersara,” katanya.

Sebelum ini pada April 2016, muntah paus seberat 1.57 kilogram yang ditemui di Lancashire, England, dijual dengan harga £50,000 (RM267,573) manakala pada November tahun yang sama, tiga nelayan Oman menemui 80 kilogram bahan itu yang dijual dengan harga AS$3 juta (RM12.3 juta).

Lokasi ketulan tersebut dijumpai di pantai Koh Samui

Kebanyakan minyak wangi mahal mengandungi muntah paus.Jadi setiap kali membeli minyak wangi anda mungkin mahu membaca kandungannya terlebih dahulu dan akan terjumpa beberapa terma menarik bahan pembuatannya seperti bunga-bunga eksotik, jenis kayu, buah-buahan sitrus dan mungkin sesuatu yang dipanggil ‘ambergris’.

Antara jenama minyak wangi yang menggunakan ambergris ini adalah seperti Chanel No. 5,Prada, Coco Chanel, Jo Malone dan kebanyakannya minyak wangi yang mencecah RM400 ke atas.

 

Ikuti kami di :