Tutorial Menyemak Produk Kesihatan/Kosmetik Mendapat KELULUSAN Atau TIDAK Oleh KKM

Ini Cara Pastikan Produk Kesihatan Atau Kosmetik  Telah Mendapat Kelulusan KKM

Kita sering mendengar jurujual produk kesihatan atau kosmetik menyebut “Jangan risau produk ni ada kelulusan KKM.” BENARKAH ?

atau

sekadar tipu helah penjual untuk memperdayakan orang ramai sebagai pengguna supaya beli produk mereka

Bagaimana nak pastikan produk tersebut betul-betul telah mendapat kelulusan KKM ?

Tutorial cara memeriksa status pendaftaran produk kesihatan atau ubat-ubatan dan notifikasi produk kosmetik dengan KKM melalui website National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

  • Hanya ubatan-ubatan berdaftar dengan KKM dijamin selamat, berkesan dan berkualiti oleh KKM. Rujuk ciri-ciri produk berdaftar dengan KKM diĀ https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2204988719790988&id=1712327752390423
  • Bagi penjual produk tidak berdaftar atau bernotifikasi dengan KKM, di bawah Akta Jualan Dadah 1952, jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu. Bagi syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000.
  • Orang ramai juga digalakkan untuk mengemukakan aduan berkenaan produk kesihatan kepada pihak KKM melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamatĀ http://moh.spab.gov.my

Semoga ia dapat membantu anda semua untuk memeriksa dahulu status produk yang ingin digunakan, dibeli dan dijual bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan produk yang boleh bahayakan kesihatan dan nyawa.

 

Sumber : KKM

 

Ikuti kami di :