Facebook Kembali Pulih Selepas 8 Jam Tergendala, Ini Sebenarnya Apa Yang Berlaku

Facebook Kembali Pulih Selepas 8 Jam Tergendala, Ini Sebenarnya Apa Yang Berlaku

Facebook kelihatan kembali normal selepas lapan jam tergendala yang mengakibatkan pengguna di seluruh dunia mula melaporkan gangguan.  Tetapi masalah pada Instagram dan Whatsapp masih berlaku.

Beribu-ribu pengguna mendapati akaun facebook mereka tidak dapat diakses sejak tengah hari dan 8 malam tadi dan ada juga yang melaporkan terdapat sesetangah akaun facebook milik mereka telah hilang.

Facebook, Instagram dan Messenger antara yang terjejas teruk  terutamanya di kawasan bandar utama di seluruh Amerika Syarikat dan Eropah, dan di bahagian Amerika Selatan.

WhatsApp – juga dimiliki oleh Facebook –  turut menerima tempias menyebabkan pengguna aplikasi berkenaan menghadapi masalah untuk menghantar gambar.

Ia satu serangan DDoS?

Imej menunjukkan titik panas bagi negara-negara yang mengalami masalah pada akaun facebook. Foto DailyMail

Facebook dalam satu kenyataannya mengesahkan isu gangguan yang dihadapi oleh platformnya  pada Rabu petang, namun menolak spekulasi bahawa laman web itu mungkin telah disasarkan oleh serangan DDoS (Serangan Penafian Perkhidmatan)

‘Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Kami memberi tumpuan kepada kerja untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin, tetapi kami mengesahkan bahawa isu itu tidak berkaitan dengan serangan DDoS,’ Facebook dalam satu kenyataan yang di keluarkan.

Namun reaksi pengguna facebook berbeza. Ramai mengatakan facebook benar-benar telah diserang DDos.

Pengguna Instagram juga turut melaporkan masalah sama untuk log masuk ke akaun mereka.

Pada Messenger pula, ramai pengguna tidak dapat menyambung semula pada aplikasi berkenaan dan ada juga mengadu tidak menerima mesej.

Namun, setelah apa yang berlaku pada facebook dan seangkatan dengannya. Orang ramai kini beralih ke Twitter untuk memperoleh maklumat terkini. Selain mengatakan Twitter sentiasa berdiri teguh serta kebal dari sebarang serangan siber berbanding facebook dan lain-lain.

Sumber: DailyMail

Ikuti kami di :