Misteri Robin Hood Bantu Penduduk

Misteri Robin Hood Bantu Penduduk

Penduduk di sebuah kampung kecil di Sepanyol tertanya-tanya, selepas seorang penderma misteri meninggalkan sampul surat mengandungi wang dalam peti surat atau di bawah pintu rumah mereka.

Sejak Rabu minggu lalu, kira-kira 15 orang di Villarramiel, utara negara ini, menerima sampul berisi beberapa keping wang kertas 100 euros (RM462.51)

Penduduk tempatan kini sedang mencari jawapan mengapa sekumpulan individu yang tiada hubungan dengan kampung 800 penduduk itu memberikan hadiah. Ada beberapa laporan media Sepanyol menggelar lelaki itu sebagai “Robin Hood Villarramiel”.

Beberapa laporan media tempatan menggelarkan pengirim sampul tersebut sebagai Robin Hood Villarramiel.

Ada yang menerima wang dalam sampul surat coklat, ada juga menerima mesej termasuk nama penerima, alamat dan ayat seperti ‘Puteri istana’ dengan simbol hati.

“Seorang balu yang tinggal bersama anak lelaki, pasangan dengan anak kecil, pasangan warga emas, pasangan umur pertengahan yang tiada anak,” katanya sambil menambah tiada kaitan jelas antara penerima bungkusan.

Ada penerima wang itu sudah melaporkannya kepada polis selain untuk memastikan wang itu bukan palsu. Hasilnya, wang itu adalah tulen.

Ikuti kami di :