32,000 ‘Meatball’ Terjual Pada Hari Pembukaan IKEA Batu Kawan

32,000 ‘Meatball’ Terjual Pada Hari Pembukaan IKEA Batu Kawan

Sejak hari pertama pembukaan pada 14 Mac lalu IKEA Batu Kawan telah diserbu oleh orang-ramai, malah dikatakan susur keluar ke IKEA mengalami kesesakan hingga lewat petang.

Sudah pasti para pengunjung tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri IKEA yang pertama di utara tanah air serta yang ke empat di Malaysia.

Dan nampaknya, bebola daging IKEA kini boleh dimasukkan dalam senarai makanan kegemaran warga utara.

Apa tidaknya, lebih 32,000 biji bebola daging itu berjaya dijual pada hari pembukaan cawangan terbaharu IKEA

Turut mendapat sambutan ialah karipap yang berjaya dijual melebihi 23,000 biji, lapor portal Edge Prop.

Hari operasi pertama cawangan keempat IKEA di Malaysia itu diserbu bukan sahaja pelanggan dari Pulau Pinang tetapi dari pelbagai negeri, khususnya penduduk utara.

“Kami sangat teruja untuk menerima kehadiran pelanggan. Kami sudah bersiap sedia untuk saat ini dan sambutan seperti ini sangat hebat,” Kata pengurus cawangan, Pathmalingam Arumugam.

IKEA Batu Kawan yang berkeluasan 470,146 kaki persegi itu menawarkan lebih daripada 8,000 pilihan kelengkapan rumah.

Sumber: Awani

Ikuti kami di :