Syarikat Penerbangan Timbang Tarik Keahlian Eksklusif Senator Telur

Syarikat Penerbangan Timbang Tarik Keahlian Eksklusif Senator Telur

Syarikat penerbangan Australia, Qantas mempertimbangkan untuk menarik balik keahlian eksklusif senatornya, Fraser Anning selepas mencetuskan kemarahan dengan menuduh kehadiran orang Islam sebagai punca serangan pengganas di dua masjid di Christchurch.

NZHerald melaporkan, syarikat itu akan meneliti semula keistimewaan yang diberi kepada senator itu menggunakan ruang rehat khas untuk ahli politik serta ahli perniagaan ternama.

Tindakan senator itu dikecam semua pihak termasuk 1.3 juta orang yang menurunkan tandatangan dalam satu petisyen mendesaknya dipecat.

Selain itu, Indonesia turut dilaporkan menggunakan saluran diplomatik untuk menghalang kemasukan Anning ke negara itu.

“Kami berpandangan bahawa anda tidak boleh mengaitkan keganasan dengan Islam atau mana-mana agama sekali pun,” kata jurucakap hal ehwal luar di Jakarta kepada ABC news.

Sumber : Hmetro

Ikuti kami di :