Wanita Gembira Ditahan Polis

Wanita Gembira Ditahan Polis

Seorang wanita berusia 104 tahun, gembira ditahan polis di Bristol dengan alasan dia menjadi warganegara yang baik.

News.com.au melaporkan, Anne Brokenbrow ketika digari di Rumah Jagaan Stokeleigh, tersenyum gembira kerana hasrat terakhirnya ditunaikan.

Dia kemudiannya dibawa ke kenderaan polis yang sedang menunggu dan bertegas siren dari kenderaan polis dibunyikan, kata persatuan amal United Kingdom, Alive Activities.

Pada akhir ‘penahanannya’, Brokenbrow berswafoto dengan memakai topi polis dan senyuman lebar di wajahnya sambil berkata, “Saya tidak akan terlepaskannya!”

Penangkapan olok-olok itu dibuat bersempena Hari Gembira Antarabangsa oleh persatuan amal United Kingdom yang berfungsi untuk memperbaiki mutu hidup orang-orang tua.

Sumber : Hmetro

Ikuti kami di :