Pegawai Polis Berhijab Tarik Perhatian

Pegawai Polis Berhijap Tarik Perhatian

Foto seorang pegawai polis wanita yang mengawal Tanah Perkuburan Memorial Park di Christchurch yang memaparkan kesungguhan, rasa hormat dan perlindungan tular di media sosial.

Stuff.co.nz melaporkan, pegawai polis Konstable Michelle Evans, 24, berkawal dengan memakai selendang Calvin Klein, menyelitkan bunga mawar di dadanya sambil memegang senapang separuh automatik Bushmaster.

Jurugambar, Alden Williams berkata gambungan tiga perkara itu menarik perhatiannya walaupun sebahagian besar media hanya memberi tumpuan kepada ahli keluarga dan mangsa serangan yang sedang dikebumikan.

“Sudah banyak foto pegawai polis saya rakamkan tetapi gabungan tudung, senapang dan bunga mawar adalah sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.”

Williams turut berkongsi foto itu di Instagram malah turut menerima beberapa komen termasuk: “Imej ini benar-benar mewakili sifat toleransi, belas kasihan dan kemanusiaan masyarakat NZ, dan ia harus dilihat sejauh mungkin.”

Evans yang membesar di Whanganui ketika ditanya berkata: “Sejak berusia 22 tahun saya ingin menjadi anggota polis. Saya mahu menabur jasa dan membantu orang ramai di komuniti ini.”

sumber : hmetro

Ikuti kami di :