Ball Pit Dedah Kanak-kanak Kepada Jangkitan Bakteria?

Ball Pit Dedah Kanak-kanak Kepada Jangkitan Bakteria?

Waspada jika anak-anak anda bermain ‘ball pit’ terutamanya di kawasan permainan yang disediakan di pusat beli belah atau restoran-restoran makanan segera.

Ini kerana, kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Georgia mendedahkan bermain di kawasan permainan ‘ball pit’ itu boleh mendedahkan kanak-kanak kepada jangkitan kuman.
Para penyelidik sebagai berkata, kuman-kuman yang terlekat pada kawasan itu kerana dibiarkan tanpa dibersihkan sehingga berminggu-minggu itu boleh menjejaskan sistem ketahanan kanak-kanak itu yang akhirnya boleh membawa ancaman kepada nyawa.

“Kita mengesan terdapat sembilan kuman di tempat permainan yang boleh memasuki ke dalam tubuh kanak-kanak dan membawa kesan buruk seperti septicemia, meningitis dan radang paru-paru,” kata seorang penyelidik.

Risiko kanak-kanak yang dijangkiti bakteria-bakteria ini meningkat dua kali ganda sekiranya terdapat luka pada kulit selain sistem imun yang rendah.

Meskipun biasanya tidak berbahaya, namun bakteria ini boleh membawa maut kepada mereka yang sedang menjalani rawatan kemoterapi dan pemindahan organ kerana sistem daya lawan jangkitan mereka sangat rendah.

Sumber : Utusan, Dailymail

Ikuti kami di :