Israel Bedil Hamas Di Seluruh Semenanjung Gaza

Israel Bedil Hamas Di Seluruh Semenanjung Gaza

Ketika ini Gaza sedang diserang oleh zionis Israel. Menurut kenyataan media Israel, dalam tempah yang singkat, 70 roket telah dilancarkan ke kawasan Gaza yang telah mengakibatkan 7 rakyat Palestin tercedera.

Laluan ke Gaza juga telah ditutup oleh tentera Israel sebagai langkah untuk mereka bersedia melancarkan serangan dalam skala yang besar. Serangan disasarkan ke kawasan ibu pejabat, kawasan awam dan tanah pertanian yang dimiliki oleh rakyat Gaza.

Tentera Israel memaklumkan sudah memulakan serangan terhadap Hamas di Semenanjung Gaza sejak semalam, beberapa jam selepas serangan roket dari Palestin terkena sebuah rumah di Tel Aviv.

Beberapa orang saksi memberitahu Reuters, mereka terdengar letupan di Gaza.

Satu serangan terkena tentera laut Hamas di barat Gaza dan satu lagi terkena kem latihan besar Hamas di utara Gaza. Foto Aman Palestin

Tentera Zionis dalam kenyataannya berkata, “Serangan sasaran Hamas di seluruh Semenanjung Gaza sudah dimulakan.”

Satu serangan terkena tentera laut Hamas di barat Gaza dan satu lagi terkena kem latihan besar Hamas di utara Gaza, kata beberapa pegawai keselamatan Palestin dan agensi media Hamas.

Kedua-dua kawasan terbabit mungkin sudah dikosongkan kerana Hamas terlebih dahulu menerima notis serangan Israel dalam tempoh beberapa jam sebelum itu.

Beberapa saksi berkata, tiga peluru berpandu terkena sasaran di utara semenanjung itu.

Hamas dakwa capai gencatan senjata

Serangan masih berlarutan selepas gencatan senjata itu diumumkan namun kembali reda sekitar tengah malam. Foto Aman Palestin

Hamas mendakwa satu gencatan senjata dicapai selepas tentera Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza, semalam untuk membalas serangan roket Palestin yang terkena sebuah rumah di Tel Aviv.

Menurutnya, usaha damai itu ditaja Mesir susulan ketegangan yang berlaku kira-kira dua minggu sebelum pilihan raya Israel diadakan pada 9 April depan, lapor AFP.

Bagaimanapun, Israel tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung perkara itu selepas serangan yang berlaku ketika Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Washington.

“Usaha Mesir membawa kepada gencatan senjata antara penjajah dan pejuang ,” kata jurucakap Hamas, Fazwi Barhoum.

Serangan masih berlarutan selepas gencatan senjata itu diumumkan namun kembali reda sekitar tengah malam.

Rakyat Gaza ketika ini perlukan doa dan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia. Teruskan membantu mereka. Jangang lupa untuk kongsikan keadaan terkini rakyat Palestin di semua medium sosial yang kita miliki.

Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880

Maybank: 562263010787

CIMB: 8600460353

Menyumbang untuk lebih mudah, sila klik link berikut: https://www.billplz.com/jommenyumbang

Sumber: HarianMetro, Aman Palestin

Ikuti kami di :