Rakam Detik Helikopter Terhempas

Rakam Detik Helikopter Terhempas

Seorang pelajar merakam detik-detik yang menakutkan sebelum sebuah helikopter yang dinaikinya terhempas dengan menggunakan kamera GoPro miliknya baru-baru ini.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO

Pelajar yang dikenali sebagai David, 22, dari Berlin, Jerman dan rakannya menaiki helikopter buatan Rusia jenis Mil-Mi 8 dari Base Camp Karkara.

David bersama sekumpulan empat pelancong Poland, tiga Jepun selain pemandu pelancong, anggota perubatan dan juruterbang dijadualkan mendarat di Base Camp Glasier Inylchek Selatan, lokasi permulaan untuk mendaki Gunung Khan Tengri pada Julai tahun lalu.

“Cuaca dan angin baik pada pagi itu, helikopter mendarat perlahan-lahan, namun sebelah tayar bahagian kirinya tergelincir ke dalam tanah dan juruterbang mula hilang kawalan.

“Helikopter dinaiki kami terbang semula, namun terlalu rendah lalu merempuh dinding batu dan ais sebelum terhempas secara menjunam.

“Semua penumpang dan barangan terpelanting pada bahagian hadapan kabin,” kata David.

Tambahnya, dia kemudian menyedari terdapat tumpahan kerosin dan mendapati kasutnya dibasahi kesan bahan bakar tersebut sebelum bergegas keluar dari helikopter tersebut kerana bimbang disambar api.

Dalam kejadian itu, semua penumpang selamat, namun empat daripadanya cedera parah dan seorang pelancong Poland lumpuh daripada bahagian dada ke bawah.

Ikuti kami di :