Polis Buru ‘JULIA’

Polis Buru ‘JULIA’

Pihak Polis sedang mengesan individu bernama ‘Julia’ untuk membantu siasatan pungutan derma bagi membantu kanak-kanak pesakit kanser darah melalui Facebook (FB) yang tular baru-baru ini.

Wanita yang dikenali sebagai Julia itu didakwa ibu kepada kanak-kanak perempuan yang kononnya mengalami penyakit kanser darah dan meminta bantuan sebuah persatuan untuk membeli mesin oksigen.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, polis sedang cuba mengenalpasti individu bernama Julia, namun setakat ini masih belum dapat dibuktikan kewujudannya.

“Setakat ini kewujudannya belum dapat dibuktikan dan sekiranya betul, tindakan lanjut akan diambil.

“Bagi kes ini, polis sedang melengkapkan kertas siasatan selepas menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan dan akan diserahkan kepada pendakwaraya untuk tindakan seterusnya,” sumber dari Metro.

Harian Metro semalam melaporkan, seorang lelaki yang bertanggungjawab memungut derma bagi membantu kanak-kanak pesakit kanser darah melalui FB baru-baru ini, ditahan polis, kelmarin.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 2 petang di rumahnya di Trong, Taiping bagi membantu siasatan dan polis sudah mendapatkan perintah mahkamah untuk menahan reman suspek selama tiga hari bermula semalam.

Sumber : hmetro

Ikuti kami di :