Taiwan Rancang Laksana Hukuman Mati Pemandu Mabuk

Taiwan Rancang Laksana Hukuman Mati Pemandu Mabuk

Taiwan merancang untuk melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah yang menyebabkan kemalangan maut, ketika memandu dalam keadaan mabuk bagi kes serius.

Bagaimanapun, inisiatif itu mendapat tentangan hebat daripada kumpulan hak asasi.

Kabinet negara itu, semalam, meluluskan satu draf pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang akan menjadikan kesalahan menyebabkan kematian ketika memandu dalam keadaan mabuk sebagai kesalahan bunuh.

Pihak berkuasa berkata, jika pesalah berniat menyebabkan kematian, dia boleh dihukum mati.

Cadangan itu memerlukan kelulusan parlimen, namun ia berlaku susulan banyak kes kematian berprofil tinggi yang mencetuskan kemarahan meluas.

Ketika ini, hukuman maksimum menyebabkan kematian, ketika memandu dalam keadaan mabuk di Taiwan hanya 10 tahun.

Cadangan baharu itu akan meningkatkan hukuman penjara untuk pesalah berulang yang melakukan kesalahan baharu dalam tempoh lima tahun daripada sabitan kesalahan pertama.

Mereka mungkin berdepan hukuman penjara seumur hidup, jika menyebabkan kematian dan penjara 12 tahun untuk cedera serius.

Sumber : bharian

Ikuti kami di :