Gambar Perkahwinan Bekas Agong Tersebar

Gambar Perkahwinan Bekas Agong Tersebar

Beberapa hari lalu telah tersebarnya 10 keping gambar perkahwinan yang memaparkan imej bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V kembali tersebar di platform media sosial, Instagram selepas ia dimuat naik oleh seorang jurugambar Rusia, Maxkoliberdin semalam.

Gambar perkahwinan itu antara lain turut memaparkan Sultan Muhammad V yang mengenakan sepasang baju Melayu berwarna biru sedang memotong kek bersama bekas Ratu Cantik Rusia, Oksana Voevodina.

Selain gambar memotong kek, jurugambar Rusia itu turut memuat naik beberapa keping gambar lain antaranya memaparkan aksi berpegangan tangan antara Sultan Muhammad V dan Voevodina selain potret bekas Yang di-Pertuan Agong itu sendiri.

Rihana yang pernah merangkul gelaran Miss Moscow itu telah memeluk Islam

Sebelum ini, portal be­rita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Voevodina telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu.

Voevodina yang menggunakan nama Islam Rihana pernah merangkul gelaran Miss Moscow pada tahun 2015 selain turut bekerja sebagai model peragaan di China dan Thailand.

Pada 29 November lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V.

View this post on Instagram

Royal wedding, Sultan Muhammad V & Oksana Voevodina✨🌿 Поздравляю свадебное агентство @svadberry с заслуженной победой в премии “Событие года” #событиегода с настоящей королевской свадьбой, которую я имел честь снимать🎊 Размах свадебного торжества поражает✨ было очень интересно снимать такой сложно срежессированный, красивый, изысканный проект) С королем нашли общий язык в теме фото. Он тоже снимает на #leica (на последнем фото как раз заценил мою камеру😃) Спасибо всей команде🙌🏻 Организатор @svadberry Ведущие @anna_gorod @alexbelov Оформление @lidseventhouse Площадка @barvikhaconcerthall Фото @maxkoliberdin @lev_chudov Видео @partyvision_wedding Фотографии сделаны на камеры #leica @leica_camera #contax645 Filmlab @impressionfilmlab #olympusEM1MARKII @olympus_ru

A post shared by Свадебный Фотограф (@maxkoliberdin) on

Dalam pada itu, pada 6 Januari lalu, Sultan Muhammad V telah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong sekali gus menjadi sultan pertama yang berbuat demikian ketika memegang jawatan tertinggi negara itu.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V dikeluarkan oleh mana-mana pihak istana dan ia masih menjadi teka-teki sehingga ke hari ini.

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di :