Hudud: Brunei Mula Hukum Rejam Gay Dan Penzina

Hudud: Brunei Mula Hukuman Rejam Keatas Gay Dan Penzina

Brunei mula melaksanakan hukum hudud termasuk hukuman rejam terhadap penzina dan pelaku hubungan seks gay.

Undang-undang syariah di negara yang diperintah oleh Sultan Hassanal Bolkiah itu dikuatkuasakan semalam selepas penangguhan selama beberapa tahun.

Brunei sebagai negara Asia Tenggara pertama melaksanakan undang-undang syariah

“Brunei merupakan sebuah negara yang adil manakala persekitaran untuk pelawat adalah ‘selamat dan harmoni”- Titah Sultan Hassanal. Foto shutterstock.com

Hukum hudud termasuk memotong tangan pencuri itu menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama melaksanakan undang-undang syariah sekali gus menyertai beberapa negara Asia Barat seperti Arab Saudi.

Dalam titah baginda, Sultan Hassanal menggesa supaya pendidikan Islam dipertingkatkan tetapi baginda tidak menyebut mengenai undang-undang baharu itu.

Baginda yang menduduki takhta selama lebih lima dekad juga menyatakan bahawa Brunei merupakan sebuah negara yang adil manakala persekitaran untuk pelawat adalah ‘selamat dan harmoni’.

Beberapa pegawai kerajaan kemudian mengesahkan bahawa hukum hudud mula dikuatkuasakan di negara itu.

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di :