NASA Bina Pesawat Boleh Berubah Bentuk Macam ‘Transformers’

NASA Bina Pesawat Boleh Berubah Bentuk Macam ‘Transformers’

NASA, dalam satu laporan portal berita Mirror dilaporkan telah mencipta sejenis sayap moden yang membolehkan agensi itu membina sebuah pesawat yang mampu berubah bentuk seperti dalam filem Transformers ketika masih dalam penerbangan.

Konsep ‘Transformers’ itu masih dalam peringkat awal tetapi ia membolehkan juruterbang memanipulasi bentuk pesawat bagi memudahkan kawalan dan menjimatkan minyak termasuk ketika mahu berlepas mahupun mendarat.

Model sayap itu hanya mempunyai ketumpatan 5.6 kilogram (kg)

Penyelidik bersama projek tersebut, Nicholas Cramer menjelaskan bahan dalam model sayap baharu itu mempunyai ketumpatan 5.6 kilogram (kg) bagi setiap meter padu berbanding getah yang mempunyai ketumpatan 1,500kg bagi setiap meter padu.

“Kami dapat memberikan keberkesanan tambahan dengan menyesuaikan bentuknya mengikut berat dan sudut pergerakan pesawat,” katanya baru-baru ini.

Prototaip sayap yang sepanjang 5 meter itu yang bersamaan saiz sayap sebenar pada pesawat satu tempat duduk kini sedang diuji dengan campuran binaan komponen fleksibel dan bentuk kekal di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) di Cambridge, Massachusetts.

Sumber: Mirror

Ikuti kami di :