Dua Beradik Ni Adalah Jutawan Youtube Termuda Di Britain

Dua Beradik Ni Adalah Jutawan Youtube Termuda Di Britain

Tahukah anda, dengan hanya bermain permainan sambil dirakam dan dijadikan video lalu dimuat naik di Youtube dua adik-beradik cilik dari London ini menjadi jutawan YouTube termuda Britain.

Nak tahu berapa pendapatan dua beradik ini? Pendapatan mereka mencecah £1 juta (RM5.4 juta) setahun menerusi laman perkongsian video tersebut di Youtube. Ini bersamaan Rm450,000 sebulan. Terlalu tinggi pendapatan yang diperoleh untuk kanak-kanak cilik seperti mereka.

Mereka ada 10.9 juta pengikut

Akaun YouTube, Toys and Little Gaby yang dihoskan oleh Gabrielle, 4, dan abangnya, Alex, 5, kini berada di ranking teratas laman perkongsian video di Britain dengan 10.9 juta pengikut serta 3.6 bilion tontonan.

Saluran tersebut yang dibuka tiga tahun lalu oleh ibu mereka, Sabine, 28,  berasal dari Latvia. Kini menjadi pengurus kepada aktiviti dua anaknya itu sepenuh masa di rumah mereka di utara London. Nama keluarga tiga beranak tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.

Dengan memberi dedikasi kepada ‘keseronokan kanak-kanak’, saluran YouTube mereka menyajikan permainan, cabaran dan lain-lain aktiviti khas untuk golongan tersebut. Dua beradik itu turut mempunyai sebuah kedai mainan dalam talian, alexandgabytoys.com.

Trend menjana pendapatan melalui youtube dengan hanya bermain kini semakin popular. Sebelum ini seorang budak lelaki berusia 8 tahun dari Texas, Amerika Syarikat mendapat pendapatan paling besar daripada YouTube dengan £17 juta (RM91.7 juta) setahun disusuli enam beradik dari California dengan £3 juta (RM16.2 juta) setahun dan seorang remaja 13 tahun dari Pennsylvania dengan £1 juta (RM5.4 juta) setahun.

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di :