Aksi Tinju, Hangatkan Lagi PRK Rantau [Video]

Aksi Tinju, Hangatkan Lagi PRK Rantau

Pertengkaran tercetus di bilik gerakan utama Pakatan Harapan sehingga melibatkan kekasaran fizikal di antara jentera parti itu pada Sabtu.

SCROLL KEBAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO

Situasi tegang berlaku apabila ahli PKR dari Kuala Lumpur menyalahkan ahli parti dari kalangan penduduk tempatan susulan keputusan yang tidak memihak kepada calon mereka, Dr S Streram.

Bagaimanapun, keadaan dileraikan selepas ahli-ahli parti meminta semua pihak bertenang.

Manakala, individu yang terlibat dalam pergaduhan itu diminta beredar daripada lokasi tersebut.

Berdasarkan video yang dimuat naik Malaysiakini, berlaku adegan jerit-menjerit menggunakan kata-kata kesat selain beberapa orang dilihat mula tolak-menolak sesama mereka.

Pertengkaran tercetus selepas media melaporkan keputusan tidak rasmi PRK Rantau yang memihak kepada calon BN

Tidak lama selepas itu, situasi bertukar menjadi semakin ganas di mana beberapa orang dilihat mula bertumbuk.

Seorang wartawan yang berada di tempat kejadian dikatakan dipaksa berhenti merakam pergaduhan tersebut dan seterusnya telefon bimbitnya dirampas oleh seorang  individu yang berada di situ.

Tok Mat kekalkan kerusi DUN Rantau

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan majoriti 4,510 undi.

Mohamad Hasan menerima 10,397 undian mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram yang sekadar mendapat 5,887 undian.

Dua lagi calon, R Malarvizhi (BEBAS) hanya meraih 83 undi manakala seorang lagi calon BEBAS Mohd Nor Yassin menerima 79 undi.

Video  :

 

Ikuti kami di :