Campak Duit Syiling Ke Dalam Enjin Pesawat & Berdoa Pernerbangannya Selamat

Campak Duit Syiling Ke Dalam Enjin Kapal Terbang & Berdoa Pernerbangannya Selamat

Seorang wanita warga emas ditahan gara-gara mencampakkan duit syiling ke dalam enjin sebuah pesawat bertujuan untuk berdoa agar penerbangannya berjalan lancar.

Kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Hohhot Baita semalam, disedari penumpang lain yang ternampak perbuatan warga emas terbabit dan melaporkannya kepada kru penerbangan.

Berdoa pernerbangan selamat

Wanita berusia 66 tahun, hanya dikenali sebagai Yang itu kemudian mengaku kepada pihak berkuasa dia mencampakkan enam keping syiling ke dalam enjin pesawat dan berdoa agar penerbangannya selamat.

Ekoran insiden terbabit, Yang diarah turun dari pesawat dan berkemungkinan berdepan hukuman lanjut daripada pihak syarikat penerbangan.

Ikuti kami di :