Filem Animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Bakal Di Tayang Di Jepun Dan Korea

Filem Animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Bakal Di Tayang Di Jepun Dan Korea

Atas sokongan padu rakyat Malaysia, filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (Upin & Ipin: KST), telah berjaya memperoleh  kutipan lebih RM25 juta dalam masa 3 minggu sahaja.

Kutipan ini secara tidak langsung menjadikan filem Upin & Ipin: KST sebagai animasi dengan kutipan paling tinggi di Malaysia setakat ini.

Upin & Ipin: KST turut mengalahkan kutipan yang dibuat oleh filem animasi antarabangsa iaitu Incredibles 2.

Filem berkenaan akan memasuki Indonesia pada bulan hadapan. Upin & Ipin: KST bukan sahaja akan ditayangkan di negara Asia Tenggara sahaja, tetapi mungkin di negara Asia yang lain seperti Korea Selatan dan juga Jepun.

Malah, berdasarkan posting yang dibuat pihak Les Copaque, mereka sedang dalam perbincangan untuk membawa Upin & Ipin: KST ke pawagam China.

Setelah 10 tahun sejak filem animasi pertama upin & ipin Geng Pengembaraan filem kali ini dilihat begitu berkualiti dari segi grafik dan jalan cerita.  Hasil penambahbaikan yang ketara, sudah pasti  sehingga banyak negara yakin dengan kebolehan filem ini. Semoga segala urusan Les Copaque untuk menayangkan animasi ini di luar negara dipermudahkan.

Sumber: instagram.com/upinipinofficial/

Ikuti kami di :