Rompakan : Penyelia Kedai Emas Maut Ditembak

Rompakan : Penyelia Kedai Emas Maut Ditembak

Seorang penyelia kedai emas di sebuah pasar raya di Serdang maut ditembak penjenayah yang menyamun premis terbabit pada malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata, dalam kejadian pada 7.13 malam (19 April) itu, mangsa berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat ditembak di bahagian dada.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi, empat penjenayah dikenal pasti memasuki perkarangan pasar raya berkenaan dengan menaiki dua motosikal.

“Tiga daripada suspek yang memakai topi keledar tutup muka penuh serta vest pantul cahaya masuk ke dalam pasar raya itu dan ke kedai emas berkenaan manakala seorang lagi suspek menunggu di luar.

“Seorang daripada suspek melepaskan satu das tembakan yang mengenai dada mangsa selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan penyelia kedai emas berkenaan yang tidak mengendahkan arahan mereka,” katanya kepada pemberita pada sidang media di lokasi kejadian, malam ini.

Sumber : Bernama

Ikuti kami di :