Giliran ‘The Toffees’ Belasah ‘Red Devil’

Giliran ‘The Toffees’  Belasah ‘Red Devil’

Everton memaksa Manchester United mengharungi kekalahan keenam daripada lapan perlawanan selepas melakar kemenangan besar 4-0 di Goodison Park, sebentar tadi

Kekalahan menyaksikan harapan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu untuk layak beraksi di kancah Liga Juara-Juara musim depan berdepan tamparan apabila kekal di tangga keenam liga berbaki empat perlawanan.

Richarlison menjaringkan gol pertama Everton

Dua gol masing-masing daripada Richarlison dan Gylfi Sigurdsson pada babak pertama membuktikan dominasi tuan rumah ke atas United yang beraksi di luar tahap sebenar selepas penyingkiran memalukan di Liga Juara-Juara, pertengahan minggu lalu.

Pemain Perancis, Lucas Digne meledak jaringan menarik yang juga jaringan ketiga Everton sebelum bekas pemain Arsenal, Theo Walcott melengkapkan jumlah gol kemenangan.

Keputusan meninggalkan United ketinggalan dua mata daripada kedudukan empat terbaik berbaki empat perlawanan dengan Manchester City dan Chelsea dijadual menjadi lawan mereka minggu depan.

 

 

Ikuti kami di :