Bayi Meninggal Dunia Dalam Penerbangan Air Asia

Bayi Meninggal Dunia Dalam Penerbangan Air Asia

22 April : Seorang bayi dilaporkan meninggal dunia dalam penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Perth.

Jurucakap AirAsia berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa syarikat penerbangan itu mengesahkan keadaan kecemasan perubatan melibatkan seorang bayi berlaku dalam penerbangan D7236.

Kenyataan itu tidak memberi butiran lanjut mengenai keadaan bayi tersebut.

“Kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai keadaan perubatan bayi tersebut. Bagaimanapun, ingatan kami adalah bersama bayi dan keluarga terlibat,” kata jurucakap itu.

Maklumat mengenai kematian bayi itu diterima daripada Polis Australia Barat, kata jurucakap AirAsia.

Jurucakap itu berkata sebaik mendarat di lapangan terbang, pesawat itu didatangi oleh sekumpulan pakar perubatan kecemasan dan pihak berkuasa berkaitan termasuk Polis Australia Barat.

“Keselamatan dan kesejahteraan penumpang kami sentiasa menjadi keutamaan kami dan bagi mematuhi prosedur, kru penerbangan memohon bantuan perubatan semasa pesawat tersebut mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth,” kata jurucakap itu.

Susulan insiden tersebut, penerbangan D7237 AiaAsia dari Perth ke Kuala Lumpur yang dijadualkan belepas pada 06:50 pagi tadi ditunda dan berlepas pada jam 11 pagi waktu tempatan iaitu empat jam lewat daripada masa pelepasan yang dijadualkan, katanya.

Jurucakap itu berkata AirAsia akan membantu dan membuat semula tempahan bagi penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan dari Kuala Lumpur tengah hari ini.

Ikuti kami di :