Anda Boleh Semak Lokasi Gangguan Bekalan Air Menerusi Google Maps

Anda Boleh Semak Lokasi Gangguan Bekalan Air Menerusi Google Maps

Untuk pengetahuan anda, beberapa kawasan sekitar Lembah Klang sedang mengalami gangguan bekalan air. Gangguan bekalan air ini disebabkan proses penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2).

Tahukah anda, kini penduduk sekitar Lembah Klang boleh menyemak kawasan yang terjejas menerusi aplikasi Google Maps.

Info ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @MambangStory menerusi tweet terbaharunya.

Informasi yang disediakan melalui visual di Google Maps turut dilengkapi dengan tarikh dan jam gangguan bekalan air bermula dan berakhir.

Proses naik taraf ini akan mula dijalankan dari jam 9 pagi hingga 11 malam. Namun begitu beberapa tempat mungkin akan mengambil masa sehingga 86 jam untuk proses pemulihan bekalan air sepenuhnya.

Sumber: Twitter

Ikuti kami di :