Saintis Temui Makhluk Pelik Di Dasar Paling Dalam Lautan Hindi [VIdeo]

Temui Makhluk Pelik 7,000 Meter Dasar Laut [Video]

Sepasukan saintis menemui satu makhluk misteri berbentuk seperti obor-obor pada kedalaman 7,000 meter di Jurang Jawa, lapor portal berita news.com.au.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MELIHAT VIDEO

Rakaman video penemuan tersebut menunjukkan haiwan itu terapung dan bergerak perlahan-lahan serta bersinar dengan cahaya berwarna biru.

Alan Jamieson, ketua saintis ekspedisi, berkata penemuan itu luar biasa

Ketua ekspedisi tersebut, Victor Vescovo berkata, obor-obor itu ‘tidak menyerupai obor-obor lain yang pernah dilihat sebelum ini’.

Penerokaan saintifik itu yang dikenali sebagai Ekspedisi Lima Kedalaman telah melakukan tiga lawatan berbeza ke Jurang Jawa. Anggota-anggota ekspedisi itu menggunakan kapal selam khas, DSV Limiting Factor menuju ke dasar tersebut buat kali pertama semasa merakam sebuah dokumentari untuk saluran pengembaraan, Discovery Channel.

Jurang Jawa merupakan dasar yang paling dalam di Lautan Hindi.

Sementara itu, ketua ekspedisi tersebut, Alan Jamieson memberitahu saluran berita CNN: “Saya selalunya sudah tahu apa yang bakal dilihat tetapi kali ini sedikit berbeza. Ia obor-obor yang pelik.”

“Buat masa ini tidak diketahui ia dari spesies yang mana tetapi kami akan mengetahuinya nanti,” kata Jamieson.

Rakaman makhluk seperti obor-obor :

Ikuti kami di :