Pemimpin Daish Abu Bakr Al-Baghdadi Muncul Semula Selepas Lima Tahun Menghilang

Pemimpin Daish Abu Bakr Al-Baghdadi Muncul Semula  Selepas Lima Tahun Menghilang

Daish akhirnya mengakui gagal dalam mempertahankan kubu kuatnya yang terakhir di perkampungan Baghouz, timur bandar Syria.

Pengakuan itu dibuat pemimpinnya Abu Bakr Al-Baghdadi menerusi rakaman video yang pertama selepas lima tahun menghilangkan diri.

Video yang dikeluarkan sayap propaganda Daish, Al-Furqan turut mendedahkan kumpulan itu tidak akan berhenti di situ dan Al-Baghdadi berjanji lebih banyak serangan dilancarkan pada masa depan.

Ia juga merupakan penampilan video pertamanya sejak dia menyampaikan khutbah di masjid Al-Nuri di bandar Mosul pada 2014.

Dalam pada itu Al-Baghdadi turut menyentuh insiden pengeboman di Sri Lanka yang mengorbankan lebih 250 nyawa dan mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Pada Mac lalu, Angkatan Demokratik Syria (ADS) mengumumkan bahawa Daish atau ISIS tidak lagi mengawal mana-mana kawasan di Syria, menandakan kekalahan kumpulan pengganas antarabangsa itu selepas hampir empat tahun berdepan dengan kuasa gabungan SDF yang disokong dengan kekuatan tentera Amerika Syarikat (AS).

Sumber: Awani

Ikuti kami di :