Tandas Dihiasi Dengan Akuarium Gergasi [Video]

Tandas Dengan Akuarium Gergasi Jadi Tarikan

Sebuah tandas wanita unik berusia 12 tahun menjadi antara lokasi tarikan pelancong utama di bandar Akashi, perairan Hayashizaki Matsue, menurut portal Oddity Central.

Tandas yang terletak di dalam kafe Hipopo Papa itu memiliki akuarium gergasi yang menempatkan beratus-ratus ikan eksotik termasuk seekor penyu jantan.

Pemilik kafe itu dilaporkan membelanjakan wang lebih AS$257,000 (RM1.06 juta) untuk pembinaan tandas berkenaan.

Pekerja di premis itu akan membenarkan pelanggan lelaki masuk ke dalam tandas itu dalam tempoh singkat untuk melihat keadaannya. Peluang itu hanya diberikan jika kafe berkenaan tidak ramai pelanggan.

Bagaimanapun, pekerja di situ mendapati orang ramai lebih banyak meluangkan masa dalam tandas berbanding membeli barang di kafe Hipopo Papa. Ada juga pelanggan takut menggunakan tandas tersebut.

Ikuti kami di :