Ini 10 Jenis ‘Kata Laluan’ Yang Selalu Orang Guna Dan Anda Wajib Tukar Sekarang!

Ini 10 Jenis ‘Kata Laluan’ Yang Selalu Orang Guna Dan Anda Wajib Tukar Sekarang!

Adakah anda masih lagi guna kata laluan “123456” untuk semua akaun tidak kira akaun media sosial mahupun akaun peribadi seperti bank dan akses-akses lain?

Jika ya, sudah tiba masanya untuk anda tukar kata laluan anda!

Bukan hanya digit itu yang sering kali digunakan sebagai kata laluan, malah ada sembilan lagi kata laluan yang sering kali digunakan.

Menurut satu tinjauan yang didedahkan oleh National Cyber Security Center, United Kingdom, terdapat 10 kata laluan yang sering digunakan oleh warga internet.

Jika anda merasakan kata laluan yang anda pilih sudah cukup unik dan selamat, anda mungkin tersilap.

Ini termasuk nama penyanyi kesayangan, pasukan bola yang disokong dan karakter kartun kegemaran yang terlalu lazim digunakan.

Malah, ia disifatkan sebagai rapuh dan tidak lagi selamat untuk digunakan memandangkan ramai yang sedia maklum mengenai perkara ini.

10 kata laluan tersebut adalah:

– 123456

– blink182

– liverpool

– superman

– manutd

– ashley

– michael

– cowboys1

– iloveyou

– abc123

Untuk rekod, digit “123456” sahaja sudah digunakan oleh 23.2 juta pengguna manakala “123456789” digunakan oleh 7.7 juta orang.

Selain 10 jenis tadi, ada 10 jenis kata laluan lain yang perlu anda tahu. Kata laluan yang bertemakan ‘cinta’ dan ‘benci’ turut menjadi pilihan pengguna. Antaranya termasuk:

1) Iloveme

2) Trustno1

3) Beautiful

4) Ihateyou

5) lovelove

Tema muzik dan filem juga tidak ketinggalan untuk menjadi pilihan pengguna.

1) Superman

2) Pokemon

3) Starwars

4) Rockstar

5) Nirvana

Pernahkah anda menggunakan pasukan bola sepak kesukaan anda sebagai kata laluan? Jangan risau, anda tidak keseorangan. Antara pasukan Liga Juara-juara antara yang paling kerap digunakan ialah:

1) Liverpool

2) Chelsea

3) Arsenal

4) Barcelona

5) Manchester

Menurut tinjauan yang didedahkan oleh National Cyber Security Center, United Kingdom, terdapat 10 kata laluan yang sering digunakan warga internet.

Manakala, kata laluan “qwerty” dan “password” juga masing-masing telah digunakan hampir 3 juta pengguna seluruh dunia.

Sebagai langkah awal untuk mengelakkan anda menjadi mangsa penggodam, anda dinasihati untuk tidak menggunakan mana-mana kata laluan yang tersenarai di dalam artikel ini.

Elakkan menggunakan kata laluan yang sama untuk akaun yang berbeza. Ini kerana, jika satu akaun anda dapat diceroboh, penggodam boleh masuk ke akaun anda yang lain dengan mudah.

Bagi menangani masalah akaun anda digodam, anda dinasihatkan untuk lebih kreatif dalam mereka kata laluan.

Cara paling mudah adalah menggabungkan tiga perkara yang menggembirakan hati anda dalam susunan rawak.

Kata laluan adalah pendinding yang paling ampuh untuk melindungi data peribadi anda daripada digodam.

Jika anda merasakan kata laluan yang anda pilih sudah cukup unik dan selamat, anda mungkin tersilap.

Sumber: Awani

Ikuti kami di :