‘Deep Blue’ Gergasi Mati Tercekik Penyu

‘Deep Blue’ Gergasi Mati Tercekik Penyu

Nelayan di perairan Jepun dilaporkan menemui bangkai ikan jerung putih gergasi yang dipercayai mati akibat tercekik ketika cuba memakan seekor penyu besar baru-baru ini.

Gambar jerung seberat lebih 2 tan berlumuran darah dengan sisa badan penyu dalam mulutnya itu dikongsi seorang nelayan di perairan tersebut, Greg Vella dalam media sosial Jumaat lalu.

Bangkai penyu yang sudah hancur dilihat tersangkut pada rahang jerung tersebut.

“Saya sedang memancing ikan tuna ketika mendengar berita seekor jerung putih dilihat berenang dengan seekor penyu besar dalam mulutnya. Kami menganggapnya sebagai jenaka tetapi keesokannya jerung gergasi sudah tidak bernyawa itu ditemui tersangkut dalam jaring nelayan,” katanya.

Bangkai jerung seberat lebih 2 tan itu ditemui tersangkut pada pukat nelayan Jepun.

Vella mendakwa beberapa kapten kapal nelayan yang ditemuinya ada melihat jerung itu kelihatan seperti sudah nyawa-nyawa ikan sehari sebelum bangkainya ditemui. Gambar jerung itu telah dikongsi lebih 9,000 kali dengan lebih 7,000 Like.

Jerung putih terbesar dunia dinamakan Deep Blue dengan berat 2.5 tan, panjang 6.1 meter dan dianggarkan berusia 50 tahun. Kali terakhir Deep Blue dikesan adalah di perairan Hawaii awal tahun ini.

Ikuti kami di :