Kajian Dapati Manusia Boleh Hidu Guna Lidah?

Kajian Dapati Manusia Boleh Hidu Guna Lidah?

Satu kajian mendedahkan bahawa manusia boleh menghidu dengan menggunakan lidah kerana ia mempunyai penderia bau yang selama ini terdapat dalam hidung, lapor Tech Times.

Penemuan itu sekali gus menimbulkan satu persoalan bahawa interaksi antara bau dan rasa mungkin bermula pada lidah dan bukannya otak, seperti yang disangka sebelum ini.

Dr. Mehmet Hakan Ozdener

Penyelidik dari Pusat Deria Kimia Monell di sini, Dr. Mehmet Hakan Ozdener menyatakan kajian yang dilakukan mendapati sel rasa bertindak balas terhadap molekul bau sama seperti sel reseptor bau.

“Kami mengharapkan agar kajian yang dilakukan ini dapat membantu untuk menjelaskan bagaimana molekul bau mempengaruhi persepsi terhadap rasa,” katanya dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Chemical Senses.

Penemuan itu diharap dapat membantu saintis memahami bagaimana olfaktori atau menghidu dapat membantu sistem mengesan sesuatu bau.

 

Ikuti kami di :