Lelaki Tumbuk Muka Wanita Diburu Polis

Lelaki Tumbuk Muka Wanita Diburu Polis

Selepas video seorang lelaki yang bertindak memukul seorang wanita di Jalan Datuk Keramat  tular di media sosial semalam, kini pihak polis sedang giat memburu saspek.

Dalam kejadian pada Rabu lalu kira-kira pukul 4 petang, suspek dilihat memukul wanita tersebut dipercayai berpunca akibat kemalangan.

Kejadian berlaku apabila mangsa memandu kereta jenis Honda Civic di laluan kiri sebelum seorang lelaki menaiki motosikal Honda Dash datang dari arah belakang kereta tersebut.

Lelaki berkenaan kemudian mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mangsa serta menuduh beliau memasuki simpang tanpa memberikan isyarat lampu.

Suspek kemudian telah membuka topi keledar sebelum menghentaknya di atas bumbung kereta pemandu.

Suspek juga telah menumbuk dan menampar muka mangsa ketika dia keluar untuk melihat kerosakan yang dialami keretanya.

Mangsa dibantu oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan kemudiannya telah membuat laporan polis serta mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Siasatan rekod jenayah lampau terhadap suspek mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah melibatkan kes dadah dan khianat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sivanathan Ratham di talian 016-590 3985 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di :